Wednesday, July 1, 2020

Menyusuri pantai Cahaya Bulan dan menikmati matahari terbenam di tepi sungai kelantan


Setelah sekian lama bertapa dalam rumah akibat perlaksanaan perintah kawalan pergerakan ( PKP ) terasa seperti berada dalam penjara sementara apatah lagi pergerakan yang terhad bagi mengekang pendemik covid 19.
    Bermula 10 Jun 2020, Kerajaan telah membenarkan untuk rentas negeri dan membuka beberapa sektor bagi membolehkan urusan harian dapat berjalan seperti biasa.

      kali ini destinasi kami ke  Kelantan sambil balik kampong. Kota Bharu menjadi destinasi pilihan memandangkan sudah lama tak ke sana. Beberapa tempat di Kota Bharu kami kunjungi untuk melihat secara dekat keadaannya. antara destinasi pilihan ialah wakaf che yeh, Pantai Cahaya Bulan sambil merasai makanan laut dan tepi Sungai kelantan.

  Ikut perjalanan kami melalui paparan video ini..
 

Monday, June 29, 2020

BACK PACKERS TAIPING - HUA HIN THAILAND

Kembara saya kali ini adalah menuju ke satu lagi tempat tumpuan pelancong yang agak terkenal juga iaitu di Hua Hin Thailand. Bandar Hua Hin terletak di tepi laut dan mempunyai pantai yang cantik dan masyarakat yang saling menghormati.
   Perjalanan saya menggunakan keretapi dengan mengambil masa selama 17 jam dari Padang Besar Malaysia. Tiket untuk sampai ke Hua Hin RM130.00.Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan tempat tidur yang selesa.

Ikuti perjalanan saya ini melalui paparan video yang telah saya sediakan untuk anda semua.



JAMBATAN KERETAPI MAUT

Wednesday, January 16, 2019

Ride secara solo ke Betong-Yala- Songkhla- Nakhon si Tamarat - Suratthani - Koh Samui - Phatalung - Hatyai- Danok

Ride Solo ke Thailand

2 December hingga 7 December 2018

motor : Honda vave 110 cc




Entri kali ini adalah tentang ride solo aku ke Thailand melalui selatan Thailand.

HARI PERTAMA....

Changkat Jering - Betong Thailand

tempoh perjalanan.. 11.30 pagi hingga 2.00 petang

Jarak perjalanan :  168 km

          Perjalanan melalui lebuh raya Utara Selatan dan keluar tol Kuala Kangsar. Cuaca agak baik. menyusuri laluan kuala kangsar - Lenggong dan gerik. Aku disajikan dengan pemandangan yang indah dengan hamparan menghijau dan bukit bukau. keadaaan jalanraya yang baik memudahkan perjalanan.



Baru keluar tol Kuala Kangsar. Berehat sebentar






Thursday, November 29, 2018

Tempat menarik di Danok Thailand

Danok bukan sahaja terkenal dengan pusat hiburan tapi terdapat juga tarikan baru yang sesuai untuk bawa keluarga dan anak anak. terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Danok. Paling best kalau pergi waktu malam. Untuk memasuki kawasan ini tiada bayaran dikenakan. Antara yang menjadi tarikan di kawasan ini adalah Taman Panda, Replika catur, bot, naga, penyu dan banayak lagi. Terdapat juga pekan koboi, taman air, Food street, gelanggang memanah, Medan pin ball, Happy Farm, food Mall, Cafee, kedai cenderamata, Taman Dinasour, Persembahan kebudayaan, ATV dan banyak lagi.

Taman Panda

    Taman Panda yang mempunyai keluasan sekita 100 meter persegi menempatkan beberapa ekor Panda replika dengan pelbagai aksi. berada di atas rumput carpet dan dihiasi dengan lampu lampu LED yang pelbagai warna menjadikan kawasan ini tempat sesuai untuk bergambar. Replika panda yang dibuat khas memaparkan replika ibu, anak dan beberapa kumpulan panda dari China. masuk percuma.

   

bergambar bersama panda replika.



REPLIKA BERLAMPU

 Beberapa replika berlampu juga di bina di sini untuk menarik pelancong bertandang ke sini. Antaranya ialah replika penyu besar, kura kura, Anak anjing comel, Naga, rumah, perahu layar, teko, orang orang catur gergasi dan banyak lagi.
Anda boleh bergambar  di sini.


 Replika berlampu kura kura..

 Replika berlampu istana raja


Replika pintu gerbang 


cahaya Led mewarnai seluruh kawasan ini.


Bergambar di hadapan replika anak anjing ( puppy)
yang diperbuat dengan menggunakan kertas


Taman Dinasour

Taman Dinasour berada di atas sekali atau di pintu masuk laluan sebelah utara. terdapat beberapa ekor dinasour yang di buat menyerupai dinasour sebenar dari segi saiz dan bentuk. unuk memasuki tempat ini anda perlu membayar Rm30.00





Penari kebudayaan chiang Mai sedang membuat
persembahan di hadapan pintu masuk taman Dinasour.

Tempat Naik Kuda ( ala koboi )

  Antara yang menarik lagi adalah tempat menunggang kuda ala ala koboi. anda akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih di sana. di sini baunya tidak begiyu menyenangkan kerana berbau kuda.

MENUNGGANG ATV

bagi yang meminati sukan ATV. anda boleh menyewanya dengan harga berpatutan. disediakan track untuk ATV. Track yang mencabar dan menyeronokkan sudah pasti akan memberi kepuasan kepa pengunjung.

Medan paintball

Bagi yang gemar berperang atau suka aktivit di medan tempur. anda boleh mencuba permainan pinball. gelanggan yang luas dan disediakan kemudahan yang sesuai. bayaran boleh rujuk dikaunter.

HAPPY FARM

Sebuah ladang mini yang berbentuk ladang sebenar untuk kanak kanak. di wujudkan untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang dunia pertanian. di situ juga terdapat orang orang gergasi yang di gunakan ala ala untuk menghalau burung makan padi. terdapat beberapa jenis tanaman sara hidup di tanam di situ.

Gelanggang memanah

bagi yang suka memanah. anda boleh berkunjung ke gelanggang memanah. cari sasaran anda dan kumpul skor anda. 

Gerai cenderamata.

terdapat gerai cenderamata yang menjual produk kraf dan kerja tangan  masyarakat peribumi Kgen Chiang Mail. Antara barang barang yang dijual adalah kain songket yang dihasilkan melalui kerja tangan, gelang, topi, dan banyak lagi.





Food street

      Food street yang berada di hadapan taman permainan kanak kanak menyediakan pelbagai jenis makanan dan halal. rata rata yang menjualnya adalah muslim.


   Banyak lagi sebenarnya yang menarik di Danok ini yang mungkin anda terlepas pandang. semoga apa yang dikongsikan ini menjadi panduan untuk anda.



      



































Tuesday, November 27, 2018

Kembara Solo Ke Pak Bara..Hatyai dan Danok.

uRide ke Pak Bara - Hatya - Danok. 26 November  hingga 28 November 2018...

entry kali ini adalah kembara aku secara solo ke Satun Thailand melalui  Wang Klian. tapi sehari sebelumnya aku sempat ke Danok dan bermalam di situ untuk 1 malam. Hotel di Danok aku check in di PP hotel. Hotelnya bersih dan selesa. Harga untuk 1 malam Rm60.00 sahaja. memang berbaloi dengan kualiti hotelnya yang bersih dan selesa.

  Danok sebenarnya tidak asing lagi bagi pengunjung Malaysia. terkenal dengan pusat hiburan terkemuka yang menawarkan pelbagai bentuk hiburan dari dalam Bar, pusat karaoke sehinggalah ke bilik tidur. industri rumuh urut dan pelacuran menjadi  antara penyumbang kepada ekonomi penduduk di sana dan yang lainnya adalah dari perniagaan tekstile dan produk makanan.


Suasana malam hari di pekan Danok.



      Saya sempat meneroka dunia malam di Danok. panorama malam mengasyikkan dengan kupu kupu malam bertenggek di kerusi luar pintu menawarkan pelbagai perkhidmatan. antara yang paling banyak adalah perkhidmatan urut. dikhabarkan juga ada extra servis.

   harga untuk 2 jam urutan Rm 60.00. lebih murah berbanding di Malaysia.  Makanan halal cukup mudah di sini kerana ramai peniaga islam berniaga khususnya dari sempadansuran thailand. mereka ini berbahasa Melayu cuma harga makanan agak mahal sedikit. saya memesan tomyam, nasi putih dan telur dadar dikenakan bayaran Rm 12.00 atau 100 baht.

   Bagi yang datang dengan motosikal pastikan anda membeli insuran Thailand terlebih dahulu dengan bayaran Rm15.00  atau bayar Rm23.00 untuk pakej lengkap bagi :

1. insuran kenderaan
2. isi white card
3. isi borang kastam


di Changlung banyak kedai  menyediakan perkhidmatan insuran.

HARI KE DUA..

Saya check out dari PP hotel sekitar jam 10.00 pagi dan keluar semula ke Bukit Kayu Hitam. saya menggunakan jalan Kuala Perlis untuk ke Wang Klian. sebelum ke Wang Klian singgah di Padang Besar untuk makan. Makanan di Padang Besar Agak  mahal juga.


                       

   berhenti sebentar di atas jejantas Bukit Kayu Hitam menghala ke Kuala Perlis





di Hadapan Pintu gerbang sempadan kedah perlis
berhampiran dengan Universiti Malaysia Perlis




Pasar Besar Padang Besar. Lokasi yang 
menjadi kunjungan wajib untuk membeli belah


sekita jam 2.00 petang saya kemudiannya bertolak ke  Wang Klian. Panorama sepanjang perjalanan memang mengasyikkan. di kelilingi kehijaun sawah padi dan berlatar belakangkan gunung- ganang. Jjalan ke wang Klian agak mencabar juga kerana banyak selekoh. tapi yang menarik di situ adalah pemandangannya.


pemandangan sawah padi berlatar belakangkan 
gunung dan bukit


sawah padi berlatar belakang bukit dan pohon kelpa 


pemandangan dari atas bukit sebelum 
sampai wang klian..



singgah di ladang ternak burung kasawari di perlis
lebih kurang 7 km dari Padang Besar.


Melawat Taman Negeri Perlis dari luar pagar


      Saya sampai di Wang Klian sekitar jam 3.00 petang. berehat sebentar. 
Jam 6.00 petang memasuki Thailand melalui Sempada Wang Klian.  Kat sini waktu tutup pintu sempadan adalah jam 7.00 malam waktu Malaysia. Cuaca di sini agak sejuk sedikit kerana pada di kawasan tinggi. Kebetulan pada waktu ini orang tak ramai jadi urusan di imigresen cepat dan senang. di sepanjang kiri dan kanan jalan deretan kedai yang menjual produk produk dari Thailand.

 

Tiba di Wang Wang Klian jam 3.00 Petang.
bergambar di hadapan pintu masuk Wang Klian.



Pintu masuk ke imigresen Thailand


Pekan kecil wang Klian sebelah Thailand.  suasana jam 6.30 petang.
banyak kedai dah tutup. pekan ini hanya meriah pada hujung minggu.

Pekan Wang Klian terletak berdekatan dengan pintu masuk sempadan. beberapa buah kedai menjual produk produk dari Thailand dengan harga yang murah. Pekan ini agak sunyi menjelang petang dan hanya meriah pada hujung minggu. ini disebabkan pada hari hari lain tak ramai orang melalui pintu masuk ini.


        Perjalanan menggunakan motosikal honda vave 110 cc memang memenatkan tapi berbaloi. perjalanan dari sempadan menuju ke PakBara mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit dengan kelajuan 80 km/jam. Panorama yang indah dikelilingi bukit bukau dan kehijauan. masyarakat di sini majoritinya islam dan di sepanjang jalan banyak rumah rumah dan masjid. Jalanraya pula terbaik. lebar dan mempunya 2 lorong. jarang ada selekoh kecuali pada mula mula melepasi sempadan sahaja kerana di situ kawasannya berbukit.



     Tiba di Pak Bara jam 8.30 malam. saya terus ke kedai makan untuk isi perut. Kali ini makan tomyam campur di sebuah kedai di tepi laut. memang sedap tomyam di sini. kali pertama makan Siakap Tomyam. harganya memang mahal juga. tapi sedap. 

   Penginapan saya di Pak Bara adalah di chalet . harga 1 malam 300 baht atau lebih kurang rm36.00. ini bagi yang tiada aircond. kalau yang berhawa dingin harga Rm 60.00. cukup murah. bersih dan 
kemas.


Di hotel murah bersebelahan Bara Resort. dah lupa nama hotelnya.
harga 1 malam  300 baht ( kipas) dan 500 baht ( aircond)




Hari ke 2...

    Jam 10 pagi.  Memulakan kembali perjalanan. Selepas ini akan ke Hatyai melalui laluan Pak Bara...Satun ...Hatyai..... Sebelum meninggalkan Pak Bara, bergambar dulu di Pak Bara View Point. Tempat ini menjadi kunjungan ramai bagi rider  dan pelancong dari luar. dengan konsep sea view atau water front sesuai untuk beristerirehat sambil bergambar di tepi laut. Di sini juga tempat untuk melihat suasana matahari terbenam. Memang indah.  Singgah di kedai makan dan menu sarapan pagi adalah nasi kerabu, pulut hitam ikan masin. harga berpatutan. di sini majoritinya muslim dan tidak perlu risau tentang makanan halal. seolah olah berada di Kelantan dengan kebanyakkan peniaga adalah wanita.


Pak Bara View Point..destinasi wajib singgah
kalau ke sini. 


bergambar di hadapan replika ikan todak di Pak Bara..
sekitar jam 10 pagi waktu Malaysia.

         Perjalanan dari Pak Bara Ke Hatyai dijangkan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan kelajuan 100km/j. Jalan raya di sini mempunya 2 lorong dan agak selamat. jalannya tidak terlalu sibuk dan perjalanan agak lancar. kiri kanan pokok getah dan bukit. Masjid cukup banyak dan hanya selang beberapa kilo sahaja jaraknya untuk satu masjid. Cuaca agak panas kerana tak hujan. 



        Di perjalanan saya singgah di satu tempat yang menjual produk kraf diperbuat  dari kayu dan rotan. ada bakul rotan, ukiran kayu dan pelbagai barangan untuk kegunaan harian. harga juga cukup murah dan berpatutan.


pelbagai produk kraf khususnya dari rotan dan kayu
dijual di sini.



Lesung besar  diperbuat dari kayu. selalunya
digunakan untuk buat Somtam



Bergambar di hadapan gerai menjual produk kraf di perjalanan
Satun Ke Hatyai.

        Tiba di Hatyai jam 3.00 petang. agak lambat sampai dan tersasar dari waktu sebenar kerana banyak berhenti. Di Hatyai tak lama . singgah untuk makan di restoren Kelantan. sekitar jam 4.00 petang meninggalkan Hatyai untuk ke Danok. Perjalanan Ke Danok mengambil masa 1 jam.  tak ramai orang di Danok walaupun kali ni cuti dah bermula. mungkin bukan padan hari minggu. selalunya di Danok ni akan ramai pada Jumaat , Sabtu dan Ahad.
       
     Di Danok aku sekali lagi menginap di PP Hotel. hotelnya agak selesa dan untuk makan juga senang. Malam di Danok penuh dengan hiburan. Danok terkenal dengan bandar Hiburan. Dari Barr dan Pelacuran. Perempuan yang memakan seksi dan sparuh bogel bersantai di kaki lima mencari pelanggan. lelaki hidung belang pula akan menyusuri dari 1 pintu ke 1 pintu mencari tempat melepaskan nafsu. Ada yang di bawa ke bilik hotel dan ada yang dihabiskan di bilik yang disediakan di situ. di sini tidak sesuai untuk bawa anak anak. 

       Pusat karaoke di Danok cukup banyak. tapi awass. Karaoke di sini special sedikit. ada peneman yang menunggu untuk di belanja minuman dan pastinya ada bayaran. Tepuk Dada tanya selera. tanya niat anda masing masing kalau ke Danok. 

   Panorama malam tak semeriah di Hatyai. Tapi tak juga sunyi. untuk membeli baju dan pakaian juga banyak di sini. sediakan duit sahaja.

      Danok bukan sahaja terkenal dengan pusat hiburan tapi terdapat juga tarikan baru yang sesuai untuk bawa keluarga dan anak anak. terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Danok. Paling best kalau pergi waktu malam. Untuk memasuki kawasan ini tiada bayaran dikenakan. Antara yang menjadi tarikan di kawasan ini adalah Taman Panda, Replika catur, bot, naga, penyu dan banayak lagi. Terdapat juga pekan koboi, taman air, Food street, gelanggang memanah, Medan pin ball, Happy Farm, food Mall, Cafee, kedai cenderamata, Taman Dinasour, Persembahan kebudayaan, ATV dan banyak lagi.

Taman Panda

    Taman Panda yang mempunyai keluasan sekita 100 meter persegi menempatkan beberapa ekor Panda replika dengan pelbagai aksi. berada di atas rumput carpet dan dihiasi dengan lampu lampu LED yang pelbagai warna menjadikan kawasan ini tempat sesuai untuk bergambar. Replika panda yang dibuat khas memaparkan replika ibu, anak dan beberapa kumpulan panda dari China. masuk percuma.

   

bergambar bersama panda replika.



REPLIKA BERLAMPU

 Beberapa replika berlampu juga di bina di sini untuk menarik pelancong bertandang ke sini. Antaranya ialah replika penyu besar, kura kura, Anak anjing comel, Naga, rumah, perahu layar, teko, orang orang catur gergasi dan banyak lagi.
Anda boleh bergambar  di sini.


 Replika berlampu kura kura..

 Replika berlampu istana raja


Replika pintu gerbang 


cahaya Led mewarnai seluruh kawasan ini.


Bergambar di hadapan replika anak anjing ( puppy)
yang diperbuat dengan menggunakan kertas


Taman Dinasour

Taman Dinasour berada di atas sekali atau di pintu masuk laluan sebelah utara. terdapat beberapa ekor dinasour yang di buat menyerupai dinasour sebenar dari segi saiz dan bentuk. unuk memasuki tempat ini anda perlu membayar Rm30.00





Penari kebudayaan chiang Mai sedang membuat
persembahan di hadapan pintu masuk taman Dinasour.

Tempat Naik Kuda ( ala koboi )

  Antara yang menarik lagi adalah tempat menunggang kuda ala ala koboi. anda akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih di sana. di sini baunya tidak begiyu menyenangkan kerana berbau kuda.

MENUNGGANG ATV

bagi yang meminati sukan ATV. anda boleh menyewanya dengan harga berpatutan. disediakan track untuk ATV. Track yang mencabar dan menyeronokkan sudah pasti akan memberi kepuasan kepa pengunjung.

Medan paintball

Bagi yang gemar berperang atau suka aktivit di medan tempur. anda boleh mencuba permainan pinball. gelanggan yang luas dan disediakan kemudahan yang sesuai. bayaran boleh rujuk dikaunter.

HAPPY FARM

Sebuah ladang mini yang berbentuk ladang sebenar untuk kanak kanak. di wujudkan untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang dunia pertanian. di situ juga terdapat orang orang gergasi yang di gunakan ala ala untuk menghalau burung makan padi. terdapat beberapa jenis tanaman sara hidup di tanam di situ.

Gelanggang memanah

bagi yang suka memanah. anda boleh berkunjung ke gelanggang memanah. cari sasaran anda dan kumpul skor anda. 

Gerai cenderamata.

terdapat gerai cenderamata yang menjual produk kraf dan kerja tangan  masyarakat peribumi Kgen Chiang Mail. Antara barang barang yang dijual adalah kain songket yang dihasilkan melalui kerja tangan, gelang, topi, dan banyak lagi.





Food street

      Food street yang berada di hadapan taman permainan kanak kanak menyediakan pelbagai jenis makanan dan halal. rata rata yang menjualnya adalah muslim.


   Banyak lagi sebenarnya yang menarik di Danok ini yang mungkin anda terlepas pandang. semoga apa yang dikongsikan ini menjadi panduan untuk anda.



      














































Monday, November 13, 2017

Kembara ku ke Bogor - Jakarta -Kuala Lumpur-Pattaya-Bangkok-Hatyai-Langkawi-Hatyai -Krabi

hHari pertama

TAIPING Ke Kuala Lumpur
 2 December 2016

   Entri aku kali ini adalah tentang pengembaraan solo aku ke 8 destinasi selama 22 hari. Perjalanan ini sebenarnya tahun lepas lagi, tetapi kerana aku tak ada masa nak menulis di blog ini maka baru sekarang dapat menulis. Demi mempastikan maklumat adalah tepat maka aku terpaksa menyelongkar kembali bahan bahan dan foto foto untuk diletakkan di blog.
     
         Perjalanan selama 22 hari ini bermula dengan menaiki ETS dari Taiping ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dan agak selesa. aku bermula seawal pagi lagi. 
memang menjadi kemestian menggunakan train apabila aku memgembara.



Sarapan pagi di cafe ETS menghala ke Kuala Lumpur...harga boleh tahan juga....


      Tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi. bajet kali ni bawa tak ada lah banyak sangat..sasaran dalam perjalanan nanti sudah tentu hotel hotel backpeckers..biar lebih jimat..
  Dari Kl sentral kemudiannya aku menaiki bas ekspress terus ke Klia2 untuk perlepasan ke Jakarta....

perbelanjaan sekarang..


tiket ETS..RM 60.00 sehala ( Taiping Kuala Lumpur )..platinum...
makan dan minum ..rm17.00
tiket penerbangan ke Jakarta..Rm 256.00 ( pergi dan balik )

total..Rm 333.00


          Tiba di jakarta aku terus ke bogor.. aku meneruskan perjalanan menggunakan Bas Damri dari Airport ke Botani Square Bogor. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Bukan kerana jarak tetapi kerana kesesakan yang teruk. ini perkara biasa di Jakarta. Tambang bas damri ke Bogor ( botani square ialah 55,000 rupiah atau sekitar Rm 17.00...lebih murah kalau naik teksi atau kereta sapu yang mungkin dicaj skitar 400 ribu rupiah atau dalam rm140.00.


Tempat menunggu atau kawasan ketibaan airport sukarno-hatta

stesen bas Damri 

       Tiba di Botani Square Bogor sekitar jam 5.00 perang waktu Malaysia dn sudah semestinya disambut dengan hujan kerana kota Bogor memang terkenal dengan gelaran kota hujan. Taburan hujannya cukup tinggi. Maklumat lengkap tentang bogor boleh la rujuk di wikipedia.com. Tempat penginapan aku di bogor adalah hotel Amaris yang telah pun aku tempah awal melalui booking.com. Hotel yang terletak berhampiran dengan Botani Square dan juga Botani Garden sangat selesa. Harganya Rm130.00 untuk satu malam. 

Hotel Amaris di Bogor...

perbelanjaan terkini..

MAKAN DI AIRPORT..RM11.00
tiket bas damri ..rm17.00
Bayaran hotel 1 malam..rm130.00
makan malam...rm15.00

total..Rm163.00

Perbelanjaan telah digunakan...

RM333.00 + Rm163.00 = Rm493.00


HARI KEDUA DI BOGOR ( 3 dec 2016 )

    Cuaca sebelah pagi di Bogor baik sekali. Badan masih terasa sakit sakit mungkin akibat dari perjalanan jauh atau mungkin juga kesan dari memikul beg galas yang berat. Seawal pagi aku sudah pun menyiapkan diri untuk memulakan perjalanan aku. Aktiviti malam tadi hanyalah sekadar santai santai sambil ronda ronda di Botani Square. tidak ada apa yang nak dibeli hanyalah sekadar keperluan harian seperti berus gigi, ubat gigi dan minyak rambut. bawa yang seringkas mungkin.
      Setelah selesai sarapan pagi aku check out dan bersama sama dengan kamera canon DSLR aku menerjah dan meneroka kota bandung. beberapa shoot shoot menarik sempat juga ku laksanakan dengan kameran aku ni. antaranya pintu gerbang kota bogor dan beberapa penjual di kaki lima serta yang menggunakan kereta sorong. Begitu gigih mereka. tak pernah kenal penat demi sesuap nasi.

Ini aku panggil sebagai pintu gerbang dan juga  salah satu mercu tanda di Bogor ini. aku tidak pula mengkaji tentang bila ianya dibina kerana ianya mungkin terlalu banyak umtuk aku ingat.




  Bogor ini kota hujan. Bandarnya agak sesak dengan kenderaan. Penduduknya majoriti Sunda. orangnya baik baik dan lemah lembut. di Sepanjang jalan ramai orang berjualan dari sekecil kecil barangan harian sehinggalah kepada produk produk makanan. Angkuta Kota menjadi nadi utama pengangkutan di sini.
seorang lelaki sedang berjalan berlatar belakangkan Angkutan Kota...


Kenderaan bertali arus di hadapan Botani Garden Bogor

Kota Bogor yang sentiasa sibuk....


Peniaga sedang berjualan di sepanjang laluan yang berhampiran dengan stesen bas.
banyak sayur sayur segar dan ubi ubi serta keladi dijual di sini



sebuah universiti di Bogor



seorang peniaga sedang menyediakan makanan untuk pelanggannya...


Angkutan kota sedang membawa penumpang ke destinasi masing masing



orang ramai sedang membeli makanan di gerai tepi jalan


longgokan Keladi yang sedia untuk di bawa pulang...tunggu bayar sahaja

     Destinasi aku selepas ini adalah ke Jakarta pula. Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan keretapi kerana tambangnya yang murah berbanding yang lain. keretapi di sana tak ubah seperti Komuter di Malaysia. Kalau orang ramai pasti kena berdiri. perjalanan dengan keretapi ke Jakarta sekitar 1 jam setengah. Aku lebih seronok kerana dapat lebih menghayati alam. 
      untuk ke Stasion Keretapi Bogor aku harus mengunakan Angkutan Kota ke sana. tambang dalam 5000 rupiah atau rm2.00. perjalanan dari Botani Square ke Stasion keretapi bogor sekitar 15 minit...jaraknya dekat cuma jalan agak sesak.

Stesen keretapi Bogor...

   Stesen keretapi bogor tidak lah sebesar stesen keretapi Kuala Lumpur tapi orangnya cukup ramai. nak beli tiket pun terpaksa beratur panjang. Perkhidmatan keretapi menjadi pilihan utama selain Bas bagi warga bogor yang mahu ke jakarta dan destinasi yang berhampiran laluannya.

seorang lelaki sedang melintasi rel keretapi berpagar


orang ramai sedang menunggu keretapi



keretapi ke jakarta telah tiba dan aku sudah bersedia untuk naik

           
           Perjalanan menggunakan keretapi ke jakarta sangat menyeronokkan.  yang paling seronok sebab dapat berdiri. maklum saja lah orang ramai. lenguh juga la kaki. tapi apa pun tetap puas. menyusuri laluan dari bogor ke jakarta banyak mengajar aku sesuatu yang lebih bernilai. Kgigigihan, kepayahan hidup dan kesungguhan dalam berkerja. 
       aku kmudiannya tiba di stesen keretapi Ancol. dari situ aku berjalan kaki ke kawasan ancol. Jauh juga. Ancol ni merupakan kawasan percutian yang berkonsepkan hiburan dan berada di tepi laut. Di Ancol terdapat pelbagai tempat tumpuan seperti..

1. Sea world ( Akuarium yang besar ) 
2. Cable Car
3. Pasar Seni yang mgumpulkan ramai karyawan seni dan ukiran kayu
4. Shopping Mall
5. Taman Tema
6. Pusat Hiburan untuk kanak kanak.
7. banyak lagi....

tikt bergantung pada tempat . ada mahal dan ada juga yang murah


AKU DI MANGGA DUA DAN ANCOL..

       Penginapan aku di Jakarta adalah di Amaris Hotel Mangga dua. Amaris hotel ini agak selesa dan layanan kakitangannya juga bagus. Kalau nak ke Mall juga tak perlu jalan kaki jauh jauh sebab kat bawah tu je. Untuk makan ada je berdekatan situ. cuma harganya agak tinggi sikit la sebab tempat tu pun selesa. Kalau nak makan yang jenis santai santai boleh ke sebelah mangga dua. di situ ada macam food court. Cuma makan di food court tu kena hati hati lah memilihnya sebab takut ada yang bercampur antara halal dan tak halal. 

       Untuk booking hotel Amaris ni aku guna BOOKING.COM.  jadi tak perlu susah susah. kat sini teksi pun banyak cuma kena pandai tanya harga la jugak. Jangan naik dulu. pastikan tanya harga dulu sebab kadang dia orang ni main sembelih juga. tak ikut meter.  tapi ada juga yang pakai meter. sebab tu kena pilih. 


shopping Mall Mangga Dua.



Bazar artis indonesia dan persembahan lagu dalam shooping mall Mangga dua.



Wang rupiah yang aku keluarkan dari poket aku..dan tak tahu nak susun.



Bergambar di lobi Amaris Hotel.